Rabu, 13 Mac 2013

Kali ni saja-saja training di UPM bersama sifu En Hamran..Target = under 120 stroke. Adalah beberapa gambar yang sempat di snap.. Keputusannya pada hari itu... En Hamran = 91 Mazilan = 110 Md Shah = 115 den = 116. Target = Tercapai...

Rahsia Nasi Lemak Ujang

Rahsia Nasi Lemak Ujang

jom try pro..

Jumaat, 8 Februari 2013

USIM Monthly Medal February 2013

Monthly Medal kembali lagi... Siapakah yang akan menjadi Juara???? Adakah handicap akan berubah lagi???? Rasakan kehangatannya...

Selasa, 22 Januari 2013

Golf @ UPM

Main golf kat sini agak ok sket.. si Marwan kata view UPM ni cantik.. Peserta kali ni.. Aku, Md Shah, Marwan dan Aseh (Rajie). Mula jam 2.30 petang..tamat jam 7.30 malam.. giler.. tempat parking pun ada berapa ketul kereta je yang tinggal.. gambar tak banyak sebab kamera habis bateri..

INFO - kadar bayaran di UPM

Berikut adalah kadar bayaran di UPM..maklumat lanjut bole klik sini.. http://www.upm.edu.my/sp/page/49/golf

Golf @ UNITEN - The First Avenger

Nasib baik ada sket gambar masa kat UNITEN ni.. Ni lah first time aku dengan Md Shah masuk padang. Macam rusa masuk kampung pun ada.. Bagus juga bayaran kat sini.. 9 lubang RM30.00. Sewa troli seploh hengget. Menyesal tak sewa troli.. boleh tahan gunung ganang Uniten ni..Macammana la si Arif ni selalu main kat sini.. Orang lain nak tercabut lutut main kat sini.. Walauapapun..happy.. asal jadi golfer tegar.. TQ kepada Marwan yang menjadi instructor sepanjang masa...

Klinik Golf 2012

Terjumpa pulak gambar lama semasa Klinik Golf awal tahun 2012. Tak banyak pun gambar. Layan je lah...

Golfing at PDGCC

Pada 21 Disember 2012 yang lalu, sempat jugak main seround dua di PD. Ini adalah antara beberapa gambar yang sempat diambil. Di sini juga terjadinya satu tragedi yang memilukan. Salah seorang PRO telah kehilangan club S nya. Puas dah mencari satu padang tapi tak berjumpa. Adakah disorok oleh makhluk halus? Wallahualam.. Walauapapun, layan dulu gambar yang ada ni...
Bersiap sedia..
Bintang yang menggegarkan PDGCC..
Marwan di lubang ke berapa ntah...
Md Shah dengan Abang Mat yang menyapport makan tengahari tersebut. TQ bro..
Md Shah menerima wahyu dari Nilai dipertengahan permainan...habisss...

Monthly Medal Januari 2013

Monthly Medal siri pertama telah berlangsung pada 14 Januari 2013 yang lepas di Bukit Unggul Golf Country Club. Seramai 16 peserta telah mengambil bahagian. Nama-nama pemenang akan disenarai dalam post seterusnya. Mohon bantuan Marwan, penganjur pertandingan untuk memberi info berkaitan nama-nama pemenang ini.